Saya sudah janji untuk sahre resipi sotong paprik, bersama ini saya sertakan untuk rujukan saya juga dan kepada yang sudi, tapi susah betul hendak buat sukatan, kerana saya masak lebih kepada campak-campak dan ikut naluri hati saya bila masak, tapi kalau hendak berkongsi dengan orang of course susahkan untuk dijadikan rujukan. Jadi saya cuba bayangkan anggaran sukatan yang saya gunakan. Alamak lupa nak snap gambarnya.
Bahan-bahan :
Bahan A :
450 gm sotong besar
1 sdk serbuk kunyit
1 sdk garam
(digaul bersama)
Bahan B :
2 sdb sos cili
1 sdb sos tomato
1 sdb sos tiram
4 biji bawang kecil - dihiris
1 biji besar bawang holand - dipotong panjang
2 ulas bawang putih - ketuk dan racik
5 batang kacang panjang fresh yang dipetik dr gardenku
1 batang carrot
3 helai daun limau purut dr gardenku
1 batang serai - diketuk
3 kuntum cauliflower
3 biji cili kampung fresh yang dipetik dr gardenku
1/4 biji lada benggala
1 batang celery - dihiris
sedikit air - boleh guna air sotong, kerana masa kita goreng sotong akan keluar airnya
sedikit minyak zaitun untuk menumis
Cara-cara :
1. Goreng sebentar sotong yang telah digaul bersama kunyit dan gram, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang kecil dan bawang putih sehingga sedikit kekuningan, masukkan serai.
3. Masukkan sos cili, tomato dan sos tiram, goreng sebentar, letak sedikit air.
4. Masukkan carrot, cauliflower - gaul sebentar kerana sayur ini lambat sedikit empuk
5. Masukkan sotong, lada benggala, celery dan daun limau purut
6. Tambahkan sedikit garam
7. Sedia untuk dihidangkan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Trip Krabi 2017 - Hari Ketiga
Hari ketiga cuaca elok hari ini, bersemangat bangun pagi untuk meronda bandar Aonang dengan motosikal. Malam tadi kami telah menyewa dua bu...
-
Hari ketiga cuaca elok hari ini, bersemangat bangun pagi untuk meronda bandar Aonang dengan motosikal. Malam tadi kami telah menyewa dua bu...
-
Seawal pagi Sabtu selepas menghantar anak ke tuisyen, kami terus memulakan pengembaraan Jalan-jalan Cari Ikan Segar misinya ke Kuala Selango...
-
Hujung minggu ini yang membosankan. Hari ini tenghari saya masak laksa penang yg sekian lama hendak makan. Asyik berbau aje jiran masak. Lak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan