Ahad, 23 Ogos 2009

The Best Choc Cookies


Lama dah aku tidak mencoret diruangan ini. Bulan Ogos nie aku telah menanam azam untuk mencuba resipi2 yg telah aku download dr internet. Akhirnya aku berjaya mencuba 4 resipi dalam satu hari. Last week aku telah cuba satu resipi iaitu chocolate cookies, kenapa aku memilih this recipe ... anakku yg ke-2 tu kerap kali minta belikan biskut chips more, so tu yg aku try. Alhamdulilah berhasil dan mendapat pujian dari anakku itu, asyik2 memuji mama dia "the best choc chip yg mama buat". Anakku yg sulung bawa ke sekolah dan rakan sekolah minta resipi lagi. Anakku sulung pula kata mcm choc chip di Famos Amos, so tak payah dah beli. Jimat sikit .... tulah apa yang patut dijimatkan berusahalah untuk jimat di zaman ekonomi yang sedemikian rupa. Lagipun lagi puas hati hasil tangan sendiri bagi anak2 makan.

Ramadhan 1430H

Alhamdulilah ... tahun ini aku dapat mengerjakan ibadah puasa bersama-sama keluarga tercinta. Satu cabaran sebagai seorang ibu untuk mengajar anak2 berpuasa. Anakku yang sulung alhamdulilah tiada masalah tetapi anakku yang no-2 (berusia 6 tahun)ini betul-betul memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mengajar dan mendidik dia untuk berpuasa. Hari 1, tak boleh tahan hanya separuh hari sahaja, alhamdulilah hari ke-2 puasa penuh tetapi today ahhh sedih saya, dia dah berbuka di awal pagi lagi. Takpe mama pegang pada kata-kata Izzat nak berpuasa selang sehari .... esok mama akan pastikan Izzat puasa. Tapi kepayahan yg aku lalui, yelah kita bekerja then dia dekat rumah apa-apa boleh jadi. Aku dah minta kakak tolong kawal adik dia tapi tidak berjaya .....

Trip Krabi 2017 - Hari Ketiga

Hari ketiga cuaca elok hari ini, bersemangat bangun pagi untuk meronda bandar Aonang dengan motosikal.  Malam tadi kami telah menyewa dua bu...