Motosikal kami parking dikawasan yang disediakan, siap berkunci takut sangat, sekiranya moto hilang kena denda sebanyak RM6,900.00 (harga moto berkenaan). Kami berlepas dalam jam 11:20 pagi, jenuh juga hendak menaiki bot, kami perlu melalui tiga buah bot untuk kami menaiki bot kami. Tetapi yang paling syok kerana bot itu hanya kami berlima termasuk pemandu bot berkenaan. Memang heaven dan amat berbaloi. Apalagi berposing sahaja lah didalam bot, pemandangan memang cantik, sungguh indah dan cantik ciptaan Allah, bayangkan ditengah-tengah laut ada pulau yang berdiri megah.
Kami mandi di Tub Island, yang mana ia
menghubungkan dua pulau di mana bila air surut kita boleh menyusuri dua pulau
ini dengan jalan kaki sahaja, memang best kami mandi sakan di sini. Aku yang sememangnya allergic dengan air
pantai, tiba2 hilang semua itu. Sebelum
ini kalau air pantai sekiranya aku mandi akan terasa sepat pening, tetapi kali
ini berbeza sangat. Energy memang lain
macam, mungkin aura kawan-kawan jadi aku kuat dan boleh berendam dan
snorkeling. Di sini aku terjumpa anak
ikan todak, sempatlah ambil video.
Semasa kami snorkeling memang tidak jumpa ikan hampir 20 minitlah,
tiba-tiba rezeki kami ikan datang segerombolan terkejut kami. Waktu itu memang teruja sangat dimana ikan
berada disekeliling kita. Insiden yang
tidak boleh lupa apabila kawanku Ros memberi ikan ini makan dengan roti, tiba-tiba
pemandu sampan kami menegur tidak boleh beri makan ikan di sini, pesalah boleh
ditangkap. Gerun juga. Ada di Pulau yang boleh kami beri ikan
makan. Sempatlah ambil video bersama
ikan. Seronok memang tidak ingat. Maaflah kebanyakan mukaku didepan, kerana akulah jurufotonya dan pegang kamera untuk wefie.
Hampir satu jam juga kami di Tub Island. Selepas itu kami mengelilingi Chicken Island
memang sebiji rupa kepala Chicken, tak caya jom layan gambar.
|
Di sini kami hanya lalu sahaja, kemudian kami ke
satu pulau lagi emm lupa namanya, disinilah tempat yang kami boleh bagi ikan
makan. Pemandu kami beria memanggil ikan
datang dengan memberi makan roti untuk datang berhampiran dengan bot kami. Asalnya memang malas kami nak turun mandi
tetapi bila nampak ikan datang segerombolan terus kami terjun dari sampan ke
dalam laut. Insiden kawanku Alina, turut
melompat ke dalam air tanpa melalui tangga tiba2 lututnya sakit, risau juga kami. Akhirnya lututnya okey, agaknya ikan bagi
kekuatan dekat dia. Waktu ini memang
ikan makan di tangan kita, seronok ada geli pun ada. Ikan keliling kita perasan tidak boleh
digambarkan betapa gembiranya. Kalau
hendak rasa macam aku rasa meh datang Krabi.
Memang berbaloi sangat.
Kali ini aku tewas kerana mula terasa sakit kepala
dan lain macam, naik atas sampan aku terus lelapkan mata. Lantaklah dengan
pemandangan semasa pulang kerana kesihatan aku kena jaga, nanti sampai ke darat
kena memandu motosikal pula. Kak Yus
kejutkanku semasa hendak sampai, alhamdulilah bila bangun terasa segar. Rupanya kembarku pun sama pening kepala, dia
pun tidur juga. Perasan puas itu tidak
terkata, syukur kerana dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah. Balik ke hotel naik motosikal, alhamdulilah
moto dalam keadaaan baik. Sampai hotel
terus mandi dalam kolam. Masak maggi,
makan dan terus tidur sebentar. Dalam
jam 5:30 ptg kami keluar untuk mencari makan malam. Kali ini kami makan dikedai yang sama iaitu
Chaba Thai, order goreng-gorang aje, kali ini makan bayar sendiri kerana duit
tabung sudah tidak mencukupi untuk tanggung makan malam kami. Aku order nasi goreng nenas, not bad sedap
dan panas. Harga kalau tidak silap dalam 150Bhat.
Sambil makan menunggu matahari terbenam, memang
cantik view di pantai Ao Nang ini, tempat kami memang strategik. Malam terakhir kami disini, perlulah
menikmati keindahan matahari terbenam.
Ada minah salleh siap videokan suasana matahari terbenam. Layan gambar dulu ....
Selepas makan, kami ke kedai Tailor untuk survey
baju ready made di sana. Not bad
harganya, boleh tempah suit, t-shirt, pant beli kain dan jahit disana. Survey untuk En Hubbyku. Selepas itu kami terus ke pasar malam di
hdapan Masjid Ao Nang sebelum pulangkan motosikal kami pada jam 8:00
malam. Beli sedikit makanan di sana
kerana ada rakanku yang tidak puas makan malam kerana kuantiti makanan yang
sedikit. Aku sempat beli beg dan baju
malam kerana harga disini lebih murah di pekan Ao Nang.
Jam 7:50 malam kami pulangkan
motosikal yang banyak berjasa kepada kami dalam masa 24 jam. Semua happy
dapat menaiki motosikal ini. Aku dan Ros teruskan pemburuan t-shirt yang
menjadi idaman kami pada malam pertama lagi, yess kami dapat lagi diskaun
daripada harga 200Bhat harga menjadi 180Bhat kerana kami beli lima helai.
Berbaloilah dapat harga ini kerana sebelum ini kedai lain letak harga
300Bhat, so nak bagi kurang pun 250Bhat. Gila tengok t-shirt disini rasa
nak borong aje, tapi objektif awal adalah hendak jalan-jalan bukannya shooping.
Beli barang itupun untuk cenderahati keluargaku sahaja dan rakan sekuliah
yang tidak dapat join. Bajet ciputkan, tapi siap tukar duit lagi dengan
kawanku 1000Bhat hihi. Balik bilik dan tidur, penat, ngantuk dan puas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan