Sabtu, 15 Oktober 2016

Jalan-jalan Cari Ikan Segar di Kuala Selangor

Seawal pagi Sabtu selepas menghantar anak ke tuisyen, kami terus memulakan pengembaraan Jalan-jalan Cari Ikan Segar misinya ke Kuala Selangor.  Penangan suamiku tidak puas hati dengan lokasi ikan segar yang diperkenalkan oleh Pakcikku di Pantai Kelanang Banting kerana kurang meriah ikannya, yelah pergi dah petangkan waktu itu.  So kali ini kami teruskan misi seawal jam 8:20 pagi terus ke tempat dituju berpandukan blog yang orang kongsikan dan input dari my bos.  Kami melalui highway ELITE, GUTHRIE dan LATAR utk menuju ke sana.  Keluar shj ke LATAR ada kain rentang mengenai Muktamar PAS yang ke-61 diadakan di Kuala Selangor, patutlah kenderaan banyak waktu itu sehingga 38 km/j.  Emm apa lagi gunakan pakcik WAZE utk mencari jalan alternatif yesss ada, so dari jalan main road after keluar LATAR highway kami masuk Jalan Kelab untuk shortcut dari melalui main road yang akan bertembung dari jalan lama.  So kami dah dapat banyak jimat masa dengan kebanjiran kereta untuk pergi ke Muktamar PAS.  So after melalui Jalan Kelab dipenghujung jalan simpang tiga, belok Kanan (disimapang sebelah kiri akan jumpa Klinik) then dalam 5 km akan jumpa traffic light belok kanan, disimpang berkenaan akan ternampak Masjid Besar  Kuala Selangor.
Misi pertama input dari my bos untuk singgah di LKIM Sungai Yu, alhamdulilah jumpa  tapi amat hampa kerana hanya satu kedai shj buka namun tiada ikan yang ada, hihi rupanya kami awal sangat sampai, bot nelayan tidak balik lagi.  So kami teruskan misi ke Bagan Pasir, dengan berpandukan maklumat dari blog pembaca dan input my bos, akhirnya kami sampailah ke tempat yang dicari.  Yess nampak Ah Heng Fishery, so memang excited tapi takut dgn anjing yang ada di sana, tapi sebenarnya anjing ini tidak kacau manusia, dia cuma lepak2 aje.  Kedai itu memang betul belakang tu jeti tempat ikan naik fuhhh memang inilah hasil tangkapan yang kami mahu, macam2 ikan ada yang fresh2 baru naik dari laut.  Sotong besar, ikan bawal, ikan pelaling, tenggiri, parang, kerapu dan mcm2 serta tidak lupa udang besar dan ketam kecil.  Tapi kami tobat tak nak ketam kecil susah hendak makan dan kopekkan utk anak2.

Post lama baru hendak publish.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Trip Krabi 2017 - Hari Ketiga

Hari ketiga cuaca elok hari ini, bersemangat bangun pagi untuk meronda bandar Aonang dengan motosikal.  Malam tadi kami telah menyewa dua bu...