Selasa, 28 Februari 2017

Asam Pedas Tenggiri Menjadi Dan Sedap

Cuaca diluar sejuk, cuti semester ini hanya ambil satu sujek sahaja, so kelas hanya sekali seminggu jadi macam lemau sikitlah aktiviti. Alhamdulilah pagi ini dapatlah ulangkaji sedikit kelas online English ku.  Tiba-tiba kepala sakit, baru teringat ambil breakfast dalam kuantiti yang sedikit, so teringat popia frozen yang kubuat masih ada di dalam peti sejuk, apa lagi goreng dan makan panas-panas mak oi sedapnya.  Terus keluarkan ikan tenggiri bahagian kepala untuk lunch, dalam kepala masih kosong lagi tidak tahu hendak masak apa.

Lepak kejap dan layari portal untuk pendaftaran anak sekolah.  Otak masih berlegar-legar lagi hendak masak apa.  Kari, kicap, lemak kuning emmm macam-macam, tapi macam tidak berkenan aje.  Jam menununjukkan 11:20 pagi, tiba di dapur tup-tup terus hendak masak asam pedas, walaupun selama ini aku memang fail masak asam pedas, walaupun orang Johor tapi memang fail masak asam pedas.  Mana taknya boleh dikira dengan jari berapa kali masak asam pedas dlm tempoh setahun, agak-agaknya setahun sekali kot.  Hubby memang tidak suka begitu juga anak-anak.  Tapi hari ini aku hendak juga masak asam pedas walaupun mereka tidak suka, aku akan pastikan asam pedas hari ini yang sedap dan macam ibu ku masak.  Bila kita masak dalam iman dan penuh kasih sayang, hasilnya memang terbaik.  Alhamdulilah memang menjadi, masam, masin, kecairannya fuhhhh, terima kasih Allah kerana memberi akal dan gerak hatiku untuk memasak hari ini.  Takut lupa maka kutitipkan resepi nya disini untuk rujukanku dan anak-anakku nanti.

RESEPI ASAM PEDAS TENGGIRI CUTI SEM
500 gm bahagian kepala ikan tenggiri
*7 ulas bawang merah kecil
*3 ulas bawang putih
*1 1/2 inci kunyit
*1 inci halia
1 sudu kecil halba
3 sudu besar cili blender
Asam jawa setengah genggam
Air
Terung bulat (hasil tuai dari rumah)
1 biji tomato
Daun kesum (hasil tuai dari rumah)
Minyak masak

Cara-cara :
1.  Blend bahan bertanda (*)
2.  Panaskan minyak, tumis bahan yang telah diblender, serta halba dan cili
3.  Guna api sederhana besar, tumis sehingga garing
4.  Setelah garing masukkan air asam jawa
5.  Apabila telah mendidih masukkan ikan
6.  Masukkan daun kesum, terung dan tomato
7.  Letak garam
Siap ....

Terus bergegas siap untuk ambil anak ke sekolah.  Balik dari sekolah makan dengan ulam timun jepun, sambal belacan yang telah sedia ada dan letak kicap sikit, mak oii sedapnya, sampai ku hirup kuahnya.  Anakku pun siap makan sekali dan meratah ikan itu sahaja.  Alhamdulilah.

Trip Krabi 2017 - Hari Ketiga

Hari ketiga cuaca elok hari ini, bersemangat bangun pagi untuk meronda bandar Aonang dengan motosikal.  Malam tadi kami telah menyewa dua bu...