Salam Semua .. Hampir 2 tahun aku tidak menulis di blog ini tapi kali ini memang aku hendak kongsikan pengalaman semasa Trip Urusan Keluarga ke Perth. Banyak pengajaran dan pengalaman yang aku timba yang banyak membuka mataku. Sebelum aku menceritakan coretan perjalanan ke Perth, sebelum ku terlupa baik aku kongsikan apa yang aku dapat hasil daripada lawatan ke sana.
1. SABAR
Setibanya di Airport PERTH kami terus ke Hammond Park tempat penginapanku, hari kami sampai adalah hari kerja disana, maka jalan jem sikit utk ke Hammond Park kerana bertembung dengan mereka yang pulang dari kerja. Amat mengejutkanku adalah tiada potongan Q, masing-masing dengan sabar mengikut queue masing-masing, dan lebih terkejutkan kami lagi apabila motosikal juga mengikut queue seperti kereta. Tiada cilok-cilok. Subhanallah. Kebanyakan mereka bukannya umat Islam, tapi mereka boleh BERSABAR. Masing-masing memandu mengikut peraturan had kelajuan yang dinyatakan. Penguatkuasa/polis trafik mereka memang menjalankan tugas, jangan sekali-kali melanggar peraturan, nescaya tidak lama lagi akan disaman. Yupppp betul memang ada yang kena saman pada masa kami menyusuri jalan tersebut.
 |
Tu dia motosikal yang ikut queue |
 |
Jem semua orang bersabar |
2. MURAH
Mesti terkejutkan bila aku nyatakan MURAH. Yupp memang MURAH, masih ada rumah banglo setingkat yang berharga RM250K pada harga 2 tahun lepas terelatk berhampiran highway.
3. FREE
Highway di sana semuanya FREEWAY HIGHWAY. Highway 4 lane, 3 lane. Highway pula integrated dgn jalan keretapi. Sepanjang perjalanan aku dari Hammond Park ke Duncraig lebih kurang 40km, sepanjang Kwinana Freeway itulah ditengah-tengahnya ada jalan keretapi, sangat terancang. Bayar sekali sahaja untuk menaiki bas dan keretapi if perjalanan mengambil masa within 2 jam maka tiket itu hanya perlu dibeli sekali sahaja, tiket telah cover untuk dua hala. Bas dan keretapi sangat mengikut waktu.
4. SIKAP BERBUDI BAHASA / SENYUM
Memang terkejut setiap kali dikaunter bayaran mereka akan sapa kita dengan senyuman dan akan bertanya "How are you today", Ya Allah jauh sekali di Malaysia susah nak cari sikap yang begini. Sambil-sambil itu mereka akan bersembang dengan kita ingat dengan senyuman tau tidak kira pekerja dikaunter itu tua, muda, lelaki ke perempuan. Aku yang rasa janggal sangat ketika itu, bukan janggal krn bahasa tetapi janggal kerana di bumi Malaysia ini tidak pernah aku disapa sedemikian. Muka masa mencuka adalah, kalu ada pun di kaunter petronas. Tapi ini semua lokasi yang saya pergi memang sama sahaja layanan mereka.
5. PEGAWAI IMIGRESEN PERTH
Sebelum ini trip keluar negara mesti takut dengan pegawai yang kerja dikaunter imigresen, muka mereka memang masam mencuka/tegas kot, tapi yang terkejutnya aku di kaunter imigresen di sini pegawainya tersenyum dan nampak very friendly.
6. FREE PARK SEMPENA SAMBUTAN HARI WESTERN AUSTRALIA (WA)
Syukur sangat dan tak tahulah pula semasa lawatan kami ini WA bercuti panjang. Hari Ahad kami ke salah satu park iaitu Nambung Park bayaran utk sebuah kereta adalah AUD11, namun kerana sambutan hari WA semua guest diberi secara percuma tidak kira kita ini orang Australia ke atau tourist semuanya percuma.
7. WAKTU BEKERJA
Memang orang terkejut bagaimana boleh maju ekk kerana waktu kerja mereka bermula 8:00 pg - 5:00 ptg. Kalau kita nie kalau makin tinggi jawatan emm balik kul 5:00 ptg ni camn tak betul aje. Mesyuarat memanjang .. alhamdulilah tempat aku okey lagi tapi bila dgr ada rakan2 yang kerja di satu organisasi, mesyuarat2 penting di buat after ofis hour. Kalau yang kerja swasta lagilah kan .... Kat sana kedai-kedai pun tidak dibuka sampai malam, kalau nak shooping pun until 5:00 ptg, tempat mkan aje ada buka sampai kul 9:00 mlm. Cuma certain2 tempat/ bar ada buka smpi tgh malam. Kalau di sini kedai makan makin malam makin rancak org makan. Di sana kebanyakan mereka masak dirumah. Yelah kalau dah balik kerja awal memang lah boleh masak.
8. SAYUR DAN BUAH FRESH, BARANG MENTAH MURAH
Fuhh first time dpt makan buah anggur yang rangup dan fresh memang sedap ... Buah-buahan dan sayuran yang dijual memang fresh, lupa nak tangkap gambar. Kalau yang fresh dan organik mahal sikitlah, kurang fresh tu murah sikit. Lupa nak tangkap gambar nak tunjuk betapa freshnya ... Satu pasar yang ku pergi berhampiran duncraig buah2nya diberi rasa utk dimakan scr percuma utk kita test. Di Malaysia memang jauh sekali, yang elok2 kita eksport. Macamana kita hendak dptkan rakyat kita yang sihat dan pemikiranyang positif. Pemakanan sangat penting, di sana aku terkejut mereka menggunakan olive oil utk memasak malahan utk menggoreng subhanallah. Itu makanan sunnah ... bila aku hendak menggoreng menggunakan olive oil terkedu sikit aku .. aku beli minyak olive oil pun guna utk nak buat pizza itu pun syg nak guna hihi ... mereka bagi tau olive oil murah di sana .... Di sini garam macam2 ada, table slatlah, cooking salt dan lagi satu aku lupa lah ... tak tahu nak beli yg mana, rupa2nya ada kegunaan masing2. Gula di sana sekilo cuma AUD1 lebih, tidak sampai AUD2. Please don't convert duit Malaysia kay. Kita kena bayang pendapatan kita dibayar dlm AUD.
9. MINYAK KERETA MURAH DAN HARGA FLEKSIBEL
Selam 6 hari aku berada di sana akan bertukar2 harga minyak disana, dan kerajaan mereka membenarkan stesen minyak untuk meletakkan harga masing-masing. Hari terakhir aku berada di sana harga minyak yang biasanya orang gunakan (klu di Malaysia RON95lah) harganya AUD1.49 seliter. Kali pertama isi AUD1.52, kali kedua AUD1.51 dan kali ketiga AUD1.49. Kereta kami sewa adalah Grand Kia Carnival so totally minyak yang kita orang isi adalah AUD71, AUD68, AUD62 so total AUD201. Di sana pulang kereta mesti isi full tank. Please sekali lagi jangan convert ke RM. Kan dah ada duit AUD. Kena compare one to one don't convert okey.
10. JUJUR
Mereka berurusniaga secara jujur, contohnya semasa kami ke Lancelin Sand Dunes untuk bersand board hihi ... Pergilah ke stesen minyak Gulf dimana di situ ada menyewakan sand board, mereka meminta untuk kami semak dulu samada boleh bermain dengan sand board atau tidak, kerana pada pagi itu hujan di kebanyakan WA so pasir akan sticky jadi memang no point if kita sewa sand board. Pada mulanya rasa nak marah juga dengan suamiku tapi bila sampai di kawasan tersebut betul memang sticky pasir disitu so betul apa yang dinasihatkan oleh penyewa sand board itu. Ya Allah betapa jujurnya mereka tidak mahu mengambil duit tanpa penyewanya boleh menggunakannya.
11. RUANGAN PICNIC, BARBEQUE, TANDAS
Semasa di Caversham Wildlife, mereka sediakan ruangan picnic utk kita buka bekalan dan makan bersama-sama. Di satu sudut yang lain mereka juga ada gerai makan sekiranya kita tidak membawa bekalan. Kalau disini agak sukar bila kita pergi ke tempat yang tertutup sedemikian ada sediakan ruangan makan if kita bawa bekalan. Kebanyakan kami pergi ruangan tempat letak kereta adalah secara percuma, tiada orang persendirian ambil peluang untuk kutip bayaran parking.
Selain itu, di Kings Park dan area Lancelin mereka sediakan pondok-pondok yang mempunyai set barbeque dimana sesiapa sahaja boleh gunakan untuk berbarque bersama-sama. Yang bestnya bersih tau ..... Kalau di sini emmm saya guarantee tinggal pondok sahaja .... set barbequenya hilang/punah ... Gambar dibawah menunjukkan pondok2 yang disediakan dengan set barbeque (di Lancelin). Semasa kami hendak beredar disini ada dua orang keluarga datang bersama anak-anak mereka hendak berbarque bersama-sama ...

Maaflah aku sertakan gambar toilet ini, tapi ini aku ingin bagitau betapa bersihnya tandas ini walupun mereka tidak mencucinya dengan air, tempat duduk tandas pun okey sahaja tidak kotor memang salutelah .... Tempat letak tisu tu dah berkarat sikit tapi kertas tisu ada .... tiada pun orang yang ada jaga tandas ini untuk kutip duit masuk menggunakan tandas ... LIHAT dan FIKIR2KAN ... Di Caversham mereka sediakan tandas yang mempunyai paip air atas hormat dengan orang Islam yang berkunjung ke sana ...
 |
Tandas yang bersih |
12. MASJID
Masjid sangat bersih dari segi tandas, tempat mengambil wuduk dan ruangan sembahyang. Masjid yang ku pergi ini dirasmikan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak dulu. Siap ada tulisan dalam bahasa Melayu lagi.
Pintu masuk masjid
Plaque perasmi
Suasana dalam masjid
Walaupun kebanyakan yang aku tulis diatas adalah situasi yang baik2 namun memang adalah sedikit kekurangannya. Cuma disini cara hidup mereka kau kau ... aku aku ... Jiran2 sebelah memang kita tidak tahu mereka ada ke tidak dirumah... kerana mereka sediakan parking rumah terus ditutup, rumah memang berpagar lituplah .... Di sini kita sebagai orang Islam kalau meninggal disana memang rasa susah sikitlah ... Itu ajelah yang aku rasa kekurangan, tapi kita tidak banyak buat dosa, tidak ada mengumpat, tidak ada iri hati .... tidak ada mesyuarat tingkap ... ini suasana tempat yang kami tinggallah dan bakal rumah mak saudara aku di sana. Tapi bila mereka lalu dihadapan rumah mereka memang akan hon dan say hellolah .... Cuma bila dah masuk rumah so buat hal masing-masing, jadi rasa cam asing sikitlah .....
Pagar yang tinggi dan tertutup
Next saya akan ceritakan perjalanan trip kami disana ...... TUNGGU !!!