Trip bercuti vs
meminang vs honeymoon hihihi .... Kami menaiki penerbangan MAS, okeylah kami
telah beli sit so dapat duduk ditepi tingkap dapatlah menikmati pemandangan
indah diluar ciptaan Allah. Ternampak
terumbu karanglah kot sangat panjang.
Seriau juga coz di Lautan Hindi ni teringat MH370. Sepanjang penerbangan
ada disediakan media untuk dilihat, alhamdulilah kalau nak baca Al-Quran pun
ada, nasyid, movie depends lah kepada
kita nak pilih yang mana. Makan okeylah
not bad, kami pilih nasi lemak, ada roti, buah, biskut serta air. Alhamdulilah touch down di bumi Perth
mengikut masa yang ditetapkan. Terpaksa beratur sedikit panjanglah kerana perlu
mengisi form ketibaan di sana. Di dalam
flight memang diberi tetapi tidak mencukupi. Risau juga coz saya ada bawa ubat panadol
serta pil chi khi teck aun. Jangan risau
just pangkah pada unsure nanti mereka akan verify balik dgn kita. Alhamdulilah apa yang kami declare semuanya
okey. Pekerja imigresen mereka sangat
friendly takdelah muka yang masam dan
kita boleh bersama-sama dengan family kita untuk cop pasport. Di Perth yang saya tidak takut dengan pegawai
imigresen kalau dinegara2 lain emm muka memang semacam terlalu serius. Alhamdulilah juga saya dan suami tidak
disemak oleh anjing mereka. Tetapi
pakcik dan makcik saya kena keliling dengan anjing untuk pemeriksaan. Jangan risau just declare sahaja if mereka
minta clarification just jawab sahajalah.
Gunung di Indonesia |
Terumbu Karang di Lautan Hindi |
So pakcik saya teruskan dengan sewa kereta, kami pun
pergilah untuk beli simkad prepaid dengan dibantu oleh Muhaimin student di
Perth, dimana kami akan menginap dirumah beliau yang ayah beliau belikan. Harga AUD32 untuk 7 jam buat panggilan dan
data sebanyak 1GB. Terkezut dan cam
percaya dengan harga dan masa untuk buat panggilan.
Baru lepas beli prepaid |
Airport Perth - antara ahli rombongan |
Pakcik kami sewa kereta Grand Kia Carnival cukuplah untuk
kami seramai 7 orang. Kalau tidak silap
untuk 5 hari sewanya AUD1000. Untuk trip ini memang amat berbaloi kerana
rumah dan kereta sudah free.
So selepas itu kami terus ke Hammond Park tempat penginapan
kami emm jumpa jem kerana kebanyakan mereka baru pulang dari kerja. Suamiku jadi driver, pakcikku telah siap2
bagi tugasan, suamiku driver aku co pilot cum penyediaan itenari, pakcikku jadi
Cameraman, Danial pembantu Cameraman, Acik dan Mak Ngah tukang masak. Tapi akhirnya aku jua yang menjadi tukang
masak jua kerana masalah kesihatan kepada Mak Ngah ku.
Sangat mengikut peraturan mereka disana bila membawa
kenderaan, if buat kesalahan polis trafik mereka akan saman. So kiranya mereka disana semua mempunyai
tahap kesabaran yang tinggi.
Sampai di Hammond Park, letak barang terus kami ke supemarket
yang berhampira dirumah tak ingat apa namanya.
Kami sangat berhati2 nak beli barang.
Beli buah anggur dia fuhhh sungguh fresh tak pernah lagi makan anggur
yang serangup itu ......
Musim sejuk, waktu malam memang cepat, jam 530 petang dah
gelap di sana sudah Maghrib. Malam itu
kami dinner di rumah bakal mak saudaraku di Duncraig. Makan malam disediakan special oleh Hawa, steak, kobis merah masakan dr Belgium, fries. Amat mengenyangkan dengan cuaca yang sejuk.
Habis hari pertama.
Habis hari pertama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan