Hari minggu yang amat malas bagiku. Macam2 hendak dibuat tapi tiada momentum utk mula. So first pagi breakfast dgn jemput2 bilis dan udang. Nasib baik sedap dan ikut kehendak tekakku. Hubby pun puji yelah lama tidak buat jemput2. Ingat hendak ke floria namun hujan dipagi hari so cancel utk ke sana. Kami decide utk tgk rumah contoh townhouse ... wow sgt cantik wpun kecil namun nampak luas dek dgn interior design yg dibuat. Konsep moden... hajat dihati mmg hendak beli namun komitmen sekrg tidak boleh lagi.
After that balik tu pekena cendol bangi dan rojak .. sedap juga .... cendol ini terletak berhadapan dgn kilang dgn warta.
Pergi pasar beli sayur, serta nasi ayam warisan yang sedap. Tengahri ni mmg tak masak tengahri. Sangat malas.
Minum petang dgn keropok lekor terengganu, lumpia pisang. Petang berkebun kejap, bagi baja pokok yg lama tidak ku laksanakan. Malam ni bakar ikan pari yg dibeli minggu lepas di Pasat Kelanang Banting. Sedap sangat ikan pari dibakar dgn daun pisang. Yang yummy kuah cicah yang sedap dan menjadi
Spt di medan ikan bakar Jalan Bellamy. Bila ada GST ni kena jimat, port ikan segar pun dah ada. Disini nak share kuah asam marvelous.
Bahan2 :
3 ulas bawang kecil merah
1 biji tomato
2 biji cili besar
6 biji cili
1 sudu gula melaka
segenggam asam jawa
1 cawan air
1/2 biji bawang besar
sedikit gula pasir
garam
Cara2 :
Perah air asam jawa dgn air, masuk ke dlm blender bersama2 cili, gula melaka, separuh tomato.
potong dadu bwg besar dan tomato.
Campurkan, masuk garam dan gula pasir.
siap utk dimakan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Trip Krabi 2017 - Hari Ketiga
Hari ketiga cuaca elok hari ini, bersemangat bangun pagi untuk meronda bandar Aonang dengan motosikal. Malam tadi kami telah menyewa dua bu...

-
Seawal pagi Sabtu selepas menghantar anak ke tuisyen, kami terus memulakan pengembaraan Jalan-jalan Cari Ikan Segar misinya ke Kuala Selango...
-
Hari ketiga cuaca elok hari ini, bersemangat bangun pagi untuk meronda bandar Aonang dengan motosikal. Malam tadi kami telah menyewa dua bu...
-
Alhamdulilah akhirnya berjaya juga aku create blog .... Nanti sambung semula penulisan ... Mahu kerja dulu kay
Tiada ulasan:
Catat Ulasan