Saya sudah janji untuk sahre resipi sotong paprik, bersama ini saya sertakan untuk rujukan saya juga dan kepada yang sudi, tapi susah betul hendak buat sukatan, kerana saya masak lebih kepada campak-campak dan ikut naluri hati saya bila masak, tapi kalau hendak berkongsi dengan orang of course susahkan untuk dijadikan rujukan. Jadi saya cuba bayangkan anggaran sukatan yang saya gunakan. Alamak lupa nak snap gambarnya.
Bahan-bahan :
Bahan A :
450 gm sotong besar
1 sdk serbuk kunyit
1 sdk garam
(digaul bersama)
Bahan B :
2 sdb sos cili
1 sdb sos tomato
1 sdb sos tiram
4 biji bawang kecil - dihiris
1 biji besar bawang holand - dipotong panjang
2 ulas bawang putih - ketuk dan racik
5 batang kacang panjang fresh yang dipetik dr gardenku
1 batang carrot
3 helai daun limau purut dr gardenku
1 batang serai - diketuk
3 kuntum cauliflower
3 biji cili kampung fresh yang dipetik dr gardenku
1/4 biji lada benggala
1 batang celery - dihiris
sedikit air - boleh guna air sotong, kerana masa kita goreng sotong akan keluar airnya
sedikit minyak zaitun untuk menumis
Cara-cara :
1. Goreng sebentar sotong yang telah digaul bersama kunyit dan gram, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang kecil dan bawang putih sehingga sedikit kekuningan, masukkan serai.
3. Masukkan sos cili, tomato dan sos tiram, goreng sebentar, letak sedikit air.
4. Masukkan carrot, cauliflower - gaul sebentar kerana sayur ini lambat sedikit empuk
5. Masukkan sotong, lada benggala, celery dan daun limau purut
6. Tambahkan sedikit garam
7. Sedia untuk dihidangkan
Jumaat, 7 April 2017
Rabu, 5 April 2017
Ikan Siakap Stim Lemon Yang Marveles
Hampir seminggu baru ini menu kami sekeluarga hanyalah ayam, daging dan tulang. Langsung tiada menu seafood. Semalam, tidak boleh jadi mesti kena makan seafood juga. Tengok dalam peti sejuk masih ada seekor ikan siakap yang telah dibeli hampir 2 bulan di Kuala Selangor dan sotong yang dibeli 3 minggu lepas di pasar tani Putrajaya. Balik daripada mengambil anak sekolah terus ke dapur, sempatlah juga menghantar pisang boyan yang telah tua ke rumah jiran untuk dinikmati bersama, rezeki bersama. Anak kecilku sibuk bermain beras nasi dagang emm.. dilarang makin buat emm takpelah biar dia bahagia dengan aktivitinya, dia janji untuk kemas after di selesai. Google punya google dapatlah resipi yang aku blend dengan bahan yang ada dirumah, alhamdulilah jadilah ikan siakap stem lemon marveles. Sotong pula dalam kepala hendak masak paprik kerana teringat kacang panjang yang baru dituai pagi tadi. So jom layan resipinya, makcik ni kadang terlupa pernah masak menu berkenaan, sedangkan anak dok memuji dan kata lama mak tak masak itu ini, so ini nnti jadikan bukti yg memang saya pernah masakkan utk mereka, dan jika saya tiada nnti anak-anak boleh rujuk ye sayang.
Resipi :
Bahan A :
1 biji bawang besar - dihiris
1 inci halia - dihiris
1/2 biji lemon - perah airnya
Seekor ikan siakap
Aluminium foil
Bahan B :
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
sebatang serai, belah 2 dan ketuk
2 sdb sos tiram - actually tidak sukat pun, masuk ikut hati
1/2 biji lemon - perah ambil air
daun ketumbar
1 biji lada merah - dihiris
minyak untuk menumis
Cara-cara :
Bahan A
1. Ikan dibasuh, selepas dicuci ditoskan. Jerang bekas kukus, didihkan air.
2. Letakkan ikan dialunimium foil, sapukan garam pada ikan, masukkan bawang besar dan halia yg dihiris ke dalam perut ikan dan diluar ikan. Tuangkan/perahkan air lemon pada ikan dan disapu keserata ikan. Bentukkan aluminium foil spt mangkuk, supaya air renehan ikan tidak mengalir keluar.
3. Apabila air kukusan telah mendidih, kukuskan ikan dalam 10 - 15 minit. Setelah masak tutup api. Biar ikan diatas kukusan lagi.
Bahan B
1. Panaskan minyak di kuali. Setelah minyak panas, tumiskan serai dahulu, kemudian halia dan bawang putih dan merah yang telah dihiris tadi. Masukkan lada merah. Goreng sehingga separa kekuningan.
2. Masukkan sos tiram, kacau, kemudian masukkan air perahan limau dan tambahkan sedikit air.
3. Setelah mendidih, tuangkan ke atas ikan tadi, boleh letakkan hirisan lemon ke atas ikan begitu juga daun ketumbar. Tutup bekas pengukus, tidak perlu hidupkan api, guna wap air kukusan shj. Kemudian hidangkan.
Resipi sotong paprik, next entry pula ya.
Sekian, itu sahaja.
![]() |
Ikan Siakap Stim Lemon |

Langgan:
Catatan (Atom)
Trip Krabi 2017 - Hari Ketiga
Hari ketiga cuaca elok hari ini, bersemangat bangun pagi untuk meronda bandar Aonang dengan motosikal. Malam tadi kami telah menyewa dua bu...

-
Seawal pagi Sabtu selepas menghantar anak ke tuisyen, kami terus memulakan pengembaraan Jalan-jalan Cari Ikan Segar misinya ke Kuala Selango...
-
Hari ketiga cuaca elok hari ini, bersemangat bangun pagi untuk meronda bandar Aonang dengan motosikal. Malam tadi kami telah menyewa dua bu...
-
Alhamdulilah akhirnya berjaya juga aku create blog .... Nanti sambung semula penulisan ... Mahu kerja dulu kay