![]() |
Ikan Siakap Stim Lemon |
Resipi :
Bahan A :
1 biji bawang besar - dihiris
1 inci halia - dihiris
1/2 biji lemon - perah airnya
Seekor ikan siakap
Aluminium foil
Bahan B :
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
sebatang serai, belah 2 dan ketuk
2 sdb sos tiram - actually tidak sukat pun, masuk ikut hati
1/2 biji lemon - perah ambil air
daun ketumbar
1 biji lada merah - dihiris
minyak untuk menumis
Cara-cara :
Bahan A
1. Ikan dibasuh, selepas dicuci ditoskan. Jerang bekas kukus, didihkan air.
2. Letakkan ikan dialunimium foil, sapukan garam pada ikan, masukkan bawang besar dan halia yg dihiris ke dalam perut ikan dan diluar ikan. Tuangkan/perahkan air lemon pada ikan dan disapu keserata ikan. Bentukkan aluminium foil spt mangkuk, supaya air renehan ikan tidak mengalir keluar.
3. Apabila air kukusan telah mendidih, kukuskan ikan dalam 10 - 15 minit. Setelah masak tutup api. Biar ikan diatas kukusan lagi.
Bahan B
1. Panaskan minyak di kuali. Setelah minyak panas, tumiskan serai dahulu, kemudian halia dan bawang putih dan merah yang telah dihiris tadi. Masukkan lada merah. Goreng sehingga separa kekuningan.
2. Masukkan sos tiram, kacau, kemudian masukkan air perahan limau dan tambahkan sedikit air.
3. Setelah mendidih, tuangkan ke atas ikan tadi, boleh letakkan hirisan lemon ke atas ikan begitu juga daun ketumbar. Tutup bekas pengukus, tidak perlu hidupkan api, guna wap air kukusan shj. Kemudian hidangkan.
Resipi sotong paprik, next entry pula ya.
Sekian, itu sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan