Jumaat, 22 September 2017

1 Muharam 1439H

Setiap kali sambutan Maal Hijrah (1 Muharam) akan saya senantiasa ingat kerana pada 1 Muharam 29 tahun yang lepas, adalah hari pertamaku kedatangan haid dan ini adalah titik permulaan saya telah menjadi seorang akil baligh.  Bermulalah dosa pahalaku ditanggung sendiri. Pada hari Ahad (14 Ogos 1988 : 1 Muharam 1409H) saya amat terkejut kerana ada something pada seluar saya, waktu itu saya ingat lagi makcik saya iaitu Acik Noridah tengah membasuh baju, dan secara kebetulan waktu itu saya dapat pulang bercuti (asrama yang saya bersekolah dapat pulang setiap dua minggu sekali) so saya bertanya pada dia apakah itu.  Makcik ku kata tahniah dah jadi orang dewasa, waktu itu gembira pun ada, sedih pun ada, tetapi rasanya banyak gembiralah. Mulalah mengelabah macamana nak pakai itu ini.  Mak Ngahku memang supplier bagi barangan kering itu, dia dan makcik ku yang mengajar bagaimana nak pakai dan bersihkan.  So setiap kali 1 Muharam memang menjadi ingatanku tentang keakil balighanku.  Pada tahun ini, 1 Muharam ada waktu suciku dari haid.

Waktu itu ibuku berada jauh di Kota Tinggi, aku bersekolah di Muar, so bila pulang ke Kota Tinggi hanyalah pada cuti panjang.  Waktu itu kenderaan amatlah susah,   bas ekspress yang ada hanya dari Muar ke Johor Bahru, so dari Johor Bahru perlu menaiki bas sangkut-sangkut ke Kota Tinggi selepas itu kena menaiki prebet sapu atau teksi ke dalam kampungku pula.  Tetapi waktu itu memang selamat tidak risau seperti sekarang, semua orang baik-baik. Memang teringin untuk bercerita tentang kehidupanku masa kecilku, sekolahku memang seronok berbeza dengan masa anak-anakku membesar sekarang.

Hari ini hanya untuk berkongsi dengan 1 Muharam.  Sekian,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Trip Krabi 2017 - Hari Ketiga

Hari ketiga cuaca elok hari ini, bersemangat bangun pagi untuk meronda bandar Aonang dengan motosikal.  Malam tadi kami telah menyewa dua bu...