Rabu, 27 September 2017

Trip Krabi 2017 - Hari Ketiga

Hari ketiga cuaca elok hari ini, bersemangat bangun pagi untuk meronda bandar Aonang dengan motosikal.  Malam tadi kami telah menyewa dua buah motosikal.  Selepas sarapan kami singgah bilik sekejap dan terus keluar.  Destinasi pertama yang ingin ditujui adalah Pantai Patttariwat, deruan ombak dan cuaca memang cantik tidak seperti semalam tengok ombak pun nampak kuat membadai pantai, hari ini cuaca tenang-tenang sahaja.  Dalam jam 10:00 pagi kami lihat masih ramai pelancong yang sedang hendak menaiki bot menuju ke Pulau yang cantik di Krabi.  Masih ada lagi peraih-peraih  untuk menawarkan pakej ke pulau.  Kawanku Alina beria hendak kami ke Pulau jua kerana sekiranya tidak ke Pualu seperti tidak ke Krabi, kerana tarikan di Krabi adalah keindahan pulaunya.  Kami bertanya juga kepada salah satu tourist information disitu untuk pakej Leisure ke empat pulau, not bad harganya kerana bila kami convertkan still harga seorang 500Bhat dan khusus bot itu untuk kami berempat sahaja.  Mesyuarat tepi jalan pun dibuat, akhirnya kata sepakat kami pergi jua ke pulau dengan pakej Leisure.  So kami balik semula ke hotel untuk tukar pakaian dan bawa apa yang patut.  Bergegas semula ke Pantai .... dalam jam 11:00 pagi, kami menaiki sampan kayu panjang berharga 2000Bhat untuk pakej leisure ke empat buah pulau iaitu Pulau Ayam, ...... Bayaran lain adalah 400Bhat seorang untuk bayaran masuk ke Taman Negara, bayar hanya sekali untuk ke empat-empat pulau, sekiranya kita tidak bayar tidak boleh landing dekat pulau berkenaan.  

Motosikal kami parking dikawasan yang disediakan, siap berkunci takut sangat, sekiranya moto hilang kena denda sebanyak RM6,900.00 (harga moto berkenaan).  Kami berlepas dalam jam 11:20 pagi, jenuh juga hendak menaiki bot, kami perlu melalui tiga buah bot untuk kami menaiki bot kami. Tetapi yang paling syok kerana bot itu hanya kami berlima termasuk pemandu bot berkenaan.  Memang heaven dan amat berbaloi.  Apalagi berposing sahaja lah didalam bot, pemandangan memang cantik, sungguh indah dan cantik ciptaan Allah, bayangkan ditengah-tengah laut ada pulau yang berdiri megah.  

Kami mandi di Tub Island, yang mana ia menghubungkan dua pulau di mana bila air surut kita boleh menyusuri dua pulau ini dengan jalan kaki sahaja, memang best kami mandi sakan di sini.  Aku yang sememangnya allergic dengan air pantai, tiba2 hilang semua itu.  Sebelum ini kalau air pantai sekiranya aku mandi akan terasa sepat pening, tetapi kali ini berbeza sangat.  Energy memang lain macam, mungkin aura kawan-kawan jadi aku kuat dan boleh berendam dan snorkeling.  Di sini aku terjumpa anak ikan todak, sempatlah ambil video.  Semasa kami snorkeling memang tidak jumpa ikan hampir 20 minitlah, tiba-tiba rezeki kami ikan datang segerombolan terkejut kami.  Waktu itu memang teruja sangat dimana ikan berada disekeliling kita.  Insiden yang tidak boleh lupa apabila kawanku Ros memberi ikan ini makan dengan roti, tiba-tiba pemandu sampan kami menegur tidak boleh beri makan ikan di sini, pesalah boleh ditangkap.  Gerun juga.  Ada di Pulau yang boleh kami beri ikan makan.  Sempatlah ambil video bersama ikan.  Seronok memang tidak ingat.  Maaflah kebanyakan mukaku didepan, kerana akulah jurufotonya dan pegang kamera untuk wefie.




Hampir satu jam juga kami di Tub Island.  Selepas itu kami mengelilingi Chicken Island memang sebiji rupa kepala Chicken, tak caya jom layan gambar. 
 
Chicken Island
     

Di sini kami hanya lalu sahaja, kemudian kami ke satu pulau lagi emm lupa namanya, disinilah tempat yang kami boleh bagi ikan makan.  Pemandu kami beria memanggil ikan datang dengan memberi makan roti untuk datang berhampiran dengan bot kami.  Asalnya memang malas kami nak turun mandi tetapi bila nampak ikan datang segerombolan terus kami terjun dari sampan ke dalam laut.  Insiden kawanku Alina, turut melompat ke dalam air tanpa melalui tangga tiba2 lututnya sakit, risau juga kami.  Akhirnya lututnya okey, agaknya ikan bagi kekuatan dekat dia.  Waktu ini memang ikan makan di tangan kita, seronok ada geli pun ada.  Ikan keliling kita perasan tidak boleh digambarkan betapa gembiranya.  Kalau hendak rasa macam aku rasa meh datang Krabi.  Memang berbaloi sangat.






Kali ini aku tewas kerana mula terasa sakit kepala dan lain macam, naik atas sampan aku terus lelapkan mata. Lantaklah dengan pemandangan semasa pulang kerana kesihatan aku kena jaga, nanti sampai ke darat kena memandu motosikal pula.  Kak Yus kejutkanku semasa hendak sampai, alhamdulilah bila bangun terasa segar.  Rupanya kembarku pun sama pening kepala, dia pun tidur juga.  Perasan puas itu tidak terkata, syukur kerana dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah.  Balik ke hotel naik motosikal, alhamdulilah moto dalam keadaaan baik.  Sampai hotel terus mandi dalam kolam.  Masak maggi, makan dan terus tidur sebentar.  Dalam jam 5:30 ptg kami keluar untuk mencari makan malam.  Kali ini kami makan dikedai yang sama iaitu Chaba Thai, order goreng-gorang aje, kali ini makan bayar sendiri kerana duit tabung sudah tidak mencukupi untuk tanggung makan malam kami.  Aku order nasi goreng nenas, not bad sedap dan panas. Harga kalau tidak silap dalam 150Bhat.




Sambil makan menunggu matahari terbenam, memang cantik view di pantai Ao Nang ini, tempat kami memang strategik.  Malam terakhir kami disini, perlulah menikmati keindahan matahari terbenam.  Ada minah salleh siap videokan suasana matahari terbenam.  Layan gambar dulu ....




Selepas makan, kami ke kedai Tailor untuk survey baju ready made di sana.  Not bad harganya, boleh tempah suit, t-shirt, pant beli kain dan jahit disana.  Survey untuk En Hubbyku.  Selepas itu kami terus ke pasar malam di hdapan Masjid Ao Nang sebelum pulangkan motosikal kami pada jam 8:00 malam.  Beli sedikit makanan di sana kerana ada rakanku yang tidak puas makan malam kerana kuantiti makanan yang sedikit.  Aku sempat beli beg dan baju malam kerana harga disini lebih murah di pekan Ao Nang. 





Jam 7:50 malam kami pulangkan motosikal yang banyak berjasa kepada kami dalam masa 24 jam.  Semua happy dapat menaiki motosikal ini.  Aku dan Ros teruskan pemburuan t-shirt yang menjadi idaman kami pada malam pertama lagi, yess kami dapat lagi diskaun daripada harga 200Bhat harga menjadi 180Bhat kerana kami beli lima helai.  Berbaloilah dapat harga ini kerana sebelum ini kedai lain letak harga 300Bhat, so nak bagi kurang pun 250Bhat.  Gila tengok t-shirt disini rasa nak borong aje, tapi objektif awal adalah hendak jalan-jalan bukannya shooping.  Beli barang itupun untuk cenderahati keluargaku sahaja dan rakan sekuliah yang tidak dapat join.  Bajet ciputkan, tapi siap tukar duit lagi dengan kawanku 1000Bhat hihi.  Balik bilik dan tidur, penat, ngantuk dan puas.

Jumaat, 22 September 2017

1 Muharam 1439H

Setiap kali sambutan Maal Hijrah (1 Muharam) akan saya senantiasa ingat kerana pada 1 Muharam 29 tahun yang lepas, adalah hari pertamaku kedatangan haid dan ini adalah titik permulaan saya telah menjadi seorang akil baligh.  Bermulalah dosa pahalaku ditanggung sendiri. Pada hari Ahad (14 Ogos 1988 : 1 Muharam 1409H) saya amat terkejut kerana ada something pada seluar saya, waktu itu saya ingat lagi makcik saya iaitu Acik Noridah tengah membasuh baju, dan secara kebetulan waktu itu saya dapat pulang bercuti (asrama yang saya bersekolah dapat pulang setiap dua minggu sekali) so saya bertanya pada dia apakah itu.  Makcik ku kata tahniah dah jadi orang dewasa, waktu itu gembira pun ada, sedih pun ada, tetapi rasanya banyak gembiralah. Mulalah mengelabah macamana nak pakai itu ini.  Mak Ngahku memang supplier bagi barangan kering itu, dia dan makcik ku yang mengajar bagaimana nak pakai dan bersihkan.  So setiap kali 1 Muharam memang menjadi ingatanku tentang keakil balighanku.  Pada tahun ini, 1 Muharam ada waktu suciku dari haid.

Waktu itu ibuku berada jauh di Kota Tinggi, aku bersekolah di Muar, so bila pulang ke Kota Tinggi hanyalah pada cuti panjang.  Waktu itu kenderaan amatlah susah,   bas ekspress yang ada hanya dari Muar ke Johor Bahru, so dari Johor Bahru perlu menaiki bas sangkut-sangkut ke Kota Tinggi selepas itu kena menaiki prebet sapu atau teksi ke dalam kampungku pula.  Tetapi waktu itu memang selamat tidak risau seperti sekarang, semua orang baik-baik. Memang teringin untuk bercerita tentang kehidupanku masa kecilku, sekolahku memang seronok berbeza dengan masa anak-anakku membesar sekarang.

Hari ini hanya untuk berkongsi dengan 1 Muharam.  Sekian,


Selasa, 19 September 2017

Trip Krabi 2017 - Persediaan & Perbelanjaan

Rakan sekuliaku Alina dan Ros, memang setiap habis semester akan pergi trip.  Jadi kali ini, aku berpeluang untuk mengikuti trip mereka ke Krabi.  Alina dan Ros memang pakar dari segi dapatkan tiket murah, so kami dapat beli tiket ke Krabi, pergi dan balik sebanyak RM196.90, tidak termasuk makan dan insuran.

Sambil belajar, discussion jeling-jeling juga hotel yang hendak kami inap disana, kali ini mereka cadangkan untuk menginap dihotel yang ada kolam untuk mandi-manda. Google punya google ada satu hotel ini yang bilik mereka betul-betul terus boleh turun ke kolam mandi dan muslim hotel, so tiada masalah untuk ambil pakej breakfast, boleh makan kenyang-kenyang tanpa was-was.  Harga bilik termasuk sarapan RM309 semalam, tetapi bila sudah berkongsi sangat berbaloilah hanya RM154.50 sahaja. Semasa untuk dapatkan bilik ini memang tragis jugalah, apabila semakin hampir harinya harga semakin meningkat, aduhhh camne ni (melalui agoda), kami rasa dah berputus asalah nampaknya kena booking hotel lain keran tidak sanggup nak bayar lebih sangat.  Rupanya ada taktik juga agoda dan lain-lain seangkatannya (mereka guna data analytic ni), aku dgn Alina selalu aje google dan view bilik ini tetapi asyik tidak jadi booking so mereka simpan history agaknya untuk naikkan harga, taktik marketing.  Apabila seorang rakanku Ros, yang memang tidak pernah lagi buka through notebooknya so dapat semula harga yang memang sebelum ini kami aim, apalagi terus booking alhamdulilah dapat harga seperti dalam bajet kami.  Hotel sudah booking.

Empat hari sebelum berlepas, Alina uruskan untuk pembelian makanan di dalam flight, bagasi serta insurans.  Risau juga kalau sakit pening bila tiada insurans di negara orang.  Kami tidak sempat untuk ambil insurans bagi penjawat awam, kerana sekarang cuti belajarkan.  Kalau naik AirAsia sekiranya hendak beli makanan better order advance kerana lebih jimat, RM10 untuk makanan dan air, sekiranya beli di atas flight setiap meal berharga RM15 tidak termasuk air.  Pergiku order nasi beriyani dan balik nasi lemak Pak Naseer.

Sehari sebelum kami tukar duit di IOI City Mall aje, malas hendak ke Jalan TAR or Mid Valley kerana kami tukarkan pun tidak banyak.  Merudung betul duit RM kita, dulu tahun 2005 ku ingat lagi 10Bhat diorg dalam RM1atau RM0.99 kita ...huhu... sekarang RM10Bhat = RM1.29. Nasiblah nak buat camana.

Total Perbelanjaan  :


1.     Tiket
RM196.90 seorang
2.     Insurans  (4 orang)
RM116.20 (RM29.05 seorang (cover  up to RM18,000.00))
3.     Meal in flight
RM80.00 (RM20.00 seorang)
4.     Bagasi Pergi (25kg + 25kg) 
RM116 (RM29 seorang)
5.     Bagasi Balik (25kg + 20kg + 20kg)
RM162 (RM40.50 seorang)
6.     Hotel 4 hari 3 malam
RM2,172.18 (RM544.00 seorang)
7.     Kutipan untuk pengangkutan, makan  
1200Bhat seorang
8.     Massage  
300Bhat seorang
9.     Lawatan ke Pulau
Boat private (2000Bhat satu kapal (500Bhat seorang) , 400Bhat seorang untuk bayaran fees ke pulau (bayar sekali sahaja) - detail akan cerita di entry seterusnya


Kos tidak termasuk shooping adalah sebanyak RM1014.25 (item no. 1 - 6).  Saya bawa 5000 Bhat (RM645.00) dan gunakan untuk perbelanjaan item no. 7 - 9.  Selebihnya digunakan untuk shooping sikit-sikit.  Penjimatan dapat dibuat kerana banyak benda yang kita dapat berkongsi dan bahagi bersama-sama.  Kak Yus asyik ulang-ulang mengatakan Percutian yang bajet tapi terasa mewah gituwww ....


Trip Krabi 2017 - Hari Ketiga

Hari ketiga cuaca elok hari ini, bersemangat bangun pagi untuk meronda bandar Aonang dengan motosikal.  Malam tadi kami telah menyewa dua bu...