Selasa, 19 September 2017

Trip Krabi 2017 - Persediaan & Perbelanjaan

Rakan sekuliaku Alina dan Ros, memang setiap habis semester akan pergi trip.  Jadi kali ini, aku berpeluang untuk mengikuti trip mereka ke Krabi.  Alina dan Ros memang pakar dari segi dapatkan tiket murah, so kami dapat beli tiket ke Krabi, pergi dan balik sebanyak RM196.90, tidak termasuk makan dan insuran.

Sambil belajar, discussion jeling-jeling juga hotel yang hendak kami inap disana, kali ini mereka cadangkan untuk menginap dihotel yang ada kolam untuk mandi-manda. Google punya google ada satu hotel ini yang bilik mereka betul-betul terus boleh turun ke kolam mandi dan muslim hotel, so tiada masalah untuk ambil pakej breakfast, boleh makan kenyang-kenyang tanpa was-was.  Harga bilik termasuk sarapan RM309 semalam, tetapi bila sudah berkongsi sangat berbaloilah hanya RM154.50 sahaja. Semasa untuk dapatkan bilik ini memang tragis jugalah, apabila semakin hampir harinya harga semakin meningkat, aduhhh camne ni (melalui agoda), kami rasa dah berputus asalah nampaknya kena booking hotel lain keran tidak sanggup nak bayar lebih sangat.  Rupanya ada taktik juga agoda dan lain-lain seangkatannya (mereka guna data analytic ni), aku dgn Alina selalu aje google dan view bilik ini tetapi asyik tidak jadi booking so mereka simpan history agaknya untuk naikkan harga, taktik marketing.  Apabila seorang rakanku Ros, yang memang tidak pernah lagi buka through notebooknya so dapat semula harga yang memang sebelum ini kami aim, apalagi terus booking alhamdulilah dapat harga seperti dalam bajet kami.  Hotel sudah booking.

Empat hari sebelum berlepas, Alina uruskan untuk pembelian makanan di dalam flight, bagasi serta insurans.  Risau juga kalau sakit pening bila tiada insurans di negara orang.  Kami tidak sempat untuk ambil insurans bagi penjawat awam, kerana sekarang cuti belajarkan.  Kalau naik AirAsia sekiranya hendak beli makanan better order advance kerana lebih jimat, RM10 untuk makanan dan air, sekiranya beli di atas flight setiap meal berharga RM15 tidak termasuk air.  Pergiku order nasi beriyani dan balik nasi lemak Pak Naseer.

Sehari sebelum kami tukar duit di IOI City Mall aje, malas hendak ke Jalan TAR or Mid Valley kerana kami tukarkan pun tidak banyak.  Merudung betul duit RM kita, dulu tahun 2005 ku ingat lagi 10Bhat diorg dalam RM1atau RM0.99 kita ...huhu... sekarang RM10Bhat = RM1.29. Nasiblah nak buat camana.

Total Perbelanjaan  :


1.     Tiket
RM196.90 seorang
2.     Insurans  (4 orang)
RM116.20 (RM29.05 seorang (cover  up to RM18,000.00))
3.     Meal in flight
RM80.00 (RM20.00 seorang)
4.     Bagasi Pergi (25kg + 25kg) 
RM116 (RM29 seorang)
5.     Bagasi Balik (25kg + 20kg + 20kg)
RM162 (RM40.50 seorang)
6.     Hotel 4 hari 3 malam
RM2,172.18 (RM544.00 seorang)
7.     Kutipan untuk pengangkutan, makan  
1200Bhat seorang
8.     Massage  
300Bhat seorang
9.     Lawatan ke Pulau
Boat private (2000Bhat satu kapal (500Bhat seorang) , 400Bhat seorang untuk bayaran fees ke pulau (bayar sekali sahaja) - detail akan cerita di entry seterusnya


Kos tidak termasuk shooping adalah sebanyak RM1014.25 (item no. 1 - 6).  Saya bawa 5000 Bhat (RM645.00) dan gunakan untuk perbelanjaan item no. 7 - 9.  Selebihnya digunakan untuk shooping sikit-sikit.  Penjimatan dapat dibuat kerana banyak benda yang kita dapat berkongsi dan bahagi bersama-sama.  Kak Yus asyik ulang-ulang mengatakan Percutian yang bajet tapi terasa mewah gituwww ....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Trip Krabi 2017 - Hari Ketiga

Hari ketiga cuaca elok hari ini, bersemangat bangun pagi untuk meronda bandar Aonang dengan motosikal.  Malam tadi kami telah menyewa dua bu...