Selasa, 19 September 2017

Trip Krabi 2017 - Hari Pertama


Alhamdulillah 7 September 2017 jam 4:20 ptg last tugasanku untuk semester 1 2017/18 berakhir dimana aku telah dapat membentangkan Research Proposal dengan jayanya yang amat menyiksa jiwa ragaku sebelum ini.  Ganjaran aku kali ini adalah Trip ke Krabi bersama rakan sekuliah, sebelajar, sesusah dan sesenang bersama dan macam-macam se lagi.  Tetapi sehingga sampai di KLIA2 pun aku rasa macam tidak percaya akan percutianku kali ini.  Daripada pulun masa yang digunakan sebelum ini untuk belajar tiba-tiba dengan drastik terus pergi bercuti, rasa terkejut pun ada.  Lagi satu nak tinggalkan sekejap suami dan anak-anak yang banyak memberi supportku semasa tempoh aku struggle, yang sangat memahamiku sedih pula nak tinggalkan mereka sekejap.  Takpe ya beri peluang kepada mama.

Hari yang ditunggu pada 10 September 2017, trip kami seramai 4 orang telah berlepas dari KLIA2 ke Krabi.  Seorang rakan baru yang kukenali didalam Trip ini iaitu Kak Yus, memang boleh sekepala untuk trip bersama.

Kami menaiki flight Air Asia daripada KLIA2 pada jam 4:15 petang.  Perjalanan mengambil masa 1jam 30 minit sahaja.


Ruang Menunggu KLIA2
 Alhamdulilah sampai di Krabi dalam keadaaan hujan, dapat mendarat dengan selamat. Sesampai disana dapat melepasi imigresen dengan selamat.  Terus beli simkad, bagi saya berbaloilah selama 4 hari 120Bhat unlimited access.  Kawan-kawan yang lain dapatkan perkhidmatan teksi, caj yang kena sebanyak 600Bhat dari airport ke Aonang Orchid Resort.  Teksi (van yang panjang boleh muat 10 orang) sangat selesa, cuaca masih hujan namun tidak lebat.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit.

Sesampai di hotel, mereka sediakan welcoming drink (jus orange), yang memang kami tunggukan kerana kehausan sangat.  Walaupun cuaca sejuk tapi jus oren itu sangat sedap.  Dapat bilik yang memang awesome, ada verandah yang terus attach ke kolam renang, memang seperti yang kami hendakkan, sangat berbaloi dengan apa yang kami bayar.

Waktu Solat

Pemandangan Dari Beranda Bilik

Solat asar dulu, arah kiblat juga disediakan, bilik, toilet, verandah semuanya okey.  Perut berasa lapar pula, so pekena nasi himpit kuah kacang.  Ambil masa sedikit untuk panaskan kuah kacang kerana tidak bawa traveler cooker.  So guna kekreatifan, rendam dalam bekas tupperware dengan air panas, nasib baik ada bekas extra yang ku letak nasi himpit.  Selepas makan, disebabkan keterujaan untuk mandi kolam so kami mandi kolam dalam jam 7:15 malam waktu disana.  Lupa hendak beritahu waktu di Krabi lewat sejam berbanding waktu Malaysia.  Kolam tutup jam 8:00 malam.  Subhanallah sangat release waktu itu selepas masuk dalam kolam, rasa kolam ini kami yang punya. Kami bertiga memang tidak berani berenang, cuma Alina sahaja yang pandai berenang.  Aku praktiskan apa yang telah diajar oleh suamiku alhamdulillah bolehlah selam dan berenang sikit-sikit.

Selepas mandi, kami meronda jalan kaki di kawasan pekan Aonang, banyak kedai menjual t-shirt, cenderamata, beg, tailor, massage, kedai makan, tourist information, sewa moto, farmasi.  Malam itu kami pekena pancake yang dikatakan sedap dan must try kalau ke Krabi, subhanallah memang sedap sehinggakan walaupun sudah balik bilik namun masih terasa lagi di tekak dan baunya.  Kami beli perisa nutella dan pisang, harga setiap satu 40 Bhat.


Pancake Nutella dan Pisang

Tips hari pertama :

  1. Air mineral yang penuh memang tidak boleh bawa masuk selepas pemeriksaan kastam, sekiranya air sedikit atau bekas kosong boleh.  Saya dan kawan-kawan minum sampai tinggal sedikit, sayang nak buang air mineral.
  2. Berbaloi untuk beli simkad yang berharga 120Bhat unlimited access.  Bila buat panggilan melalui voice atau video through WhatsApp sangat memuaskan.  Di hotel saya memang ada WiFi free didalam bilik, sekiranya tidak beli pun tiada mengapa, tapi sangat membantu semasa saya ke pulau kerana masih boleh berhubung dengan keluarga di Malaysia tanpa halangan dan semasa membeli barang, mudah untuk communicate.
  3. Bila sampai diKrabi, pastikan masa dan matawang kita terus guna waktu dan matawang disana semasa komunikasi, if not nanti asyik confuse sahaja.
Okey bersambung untuk next entry.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Trip Krabi 2017 - Hari Ketiga

Hari ketiga cuaca elok hari ini, bersemangat bangun pagi untuk meronda bandar Aonang dengan motosikal.  Malam tadi kami telah menyewa dua bu...